Saturday, July 3, 2021

RESEPI AYAM MASAK BUTTERMILK MUDAH DAN SIMPLE.

 Hello korang. Terima kasih sudi singgah blog Whyy. Kali ini Whyy ingin berkongsi resepi yang mudah dan kegemaran ramai orang iaitu ayam masak buttermilk. Bahan-bahan dia pun simple dan mudah untuk didapatkan. 





BAHAN-BAHAN AYAM MASAK BUTTERMILK:

-isi ayam bahagian dada
-susu cair
-tepung serbaguna(untuk salutan ayam)
-bawang putih(dicincang)
-daun kari
-butter
-minyak masak(untuk goreng ayam)

CARA MASAK:

1. Potong isi ayam nipis dan memanjang. salutkan dengan tepung serbaguna.

2. Goreng isi ayam yang telah disalut tadi sehingga kekuningan.

3. Goreng isi ayam sehingga habis dan ketepikan seketika.

4. Dalam kuali yang baru, panas kan kuali dan cairkan butter.

5. Masukkan bawang puting cincang dan daun kari. goreng sehingga naik bau.

6. Masukkan susu cair dan kacau sehingga naik buih.

7. Kemudian masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi.

8. Gaul manja-manja sehingga isi ayam disaluti susu. 

9. Tutup api dan isi ayam masak butter sedia untuk dinikmati. 


whyy tidak letak perasa garam dan gula lagi sebab tepung serbaguna dan susu cair sudah cukup memberi rasa masin dan manis.

Okay...sekian perkongsian resepi simple dari Whyy. Harap dapat memberi manfaat pada pembaca blog semua.


TERIMA KASIH. 

Next
This is the most recent post.
Older Post

2 comments: